13 Jun 2015 | Aktiviti TerkiniTaklimat Kempen Klik Dengan Bijak
Pada 12 Jun 2015 bertempat di PI Padang Besar (s) telah berlangsung Kempen Klik Dengan Bijak bersama pelajar menengah. Program tersebut diadakan bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Program dianjurkan oleh staff PI Padang Besar (S) dengan kerjasama PI yang lain ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak dan belia. Kempen "Klik Dengan Bijak" adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan "Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni" sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Aktiviti ini dihadiri seramai 7 orang peserta. Dengan adanya aktiviti ini, diharap para peserta dapat menggunakan internet dengan cara yang lebih berkhemah dan beretika.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: